Sunday, March 13, 2011

PATAH HATI

PATAH HATI


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA


PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI


BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

Saturday, March 12, 2011

masa type enrty ni

masa taip entry ni,
hati tengah gundah gulana
tiba-tiba hati rasa sedih
rasa nak menangis

masa taip entry ni
fikiran tengah serabut
kenapa tiba-tiba sedih
rasa macam buntu

masa taip entry ni
hati tengah kecewa
kenapa akhir-akhir ni semangat tak berkobar-kobar
rasa macam loser

masa taip entry ni
mata rasa ngantuk
akal pun berfikir lagi
kenapa akhir-akhir ni selalu jadi malas
rasa macam rugi


masa taip entry ni
fikir nak balik rumah
kenapa tiba-tiba nak duduk rumah taknak belajar
rasa macam  orang tak berguna


masa taip entry ni
fikiran ni mengimbas kehidupan ni
kenapa aku lalai dengan hidup ni
rasa macam berdosa

masa taip entry ni
fikiran ni fikir mengenai kemalasan,perangai,kenapa ,mengapa.
rasa semangat makin hilang...


>>kadang-kadang kita patah semangat,luntur semangat ..tapi kita tak tunjuk..takda siapa pun tau sebab kita sendiri tak tau sgt...tak nak jadi loser...tak nak...tak nak!!!sampai bila haru bermimpi,diulit kehidupan yang makin mudah,disimbah dengan wang ringgit..semua itu palsu...impian mu tinggal kenangan andai mimpi itu yang kau turuti...bangun!!!!!!!!!

aduhai hati..janganlah kau berkarat...
aduhai akal ..janganlah kau leka...


ingat asal-usul mu...







Friday, March 11, 2011

surat rasmi buat kakak

SHAIRY_RYN@YAHOO.COM
Permaijaya,
Keja dalam rumah
under Papa Su.
SARAWAK

NURLISA.SU@YAHOO.COM
Bilik 1B0109,
Kolej Sri Gading,
Kampus UiTM,
Sarawak.


Memohon Maaf di atas Kekasaran Bahasa


Merujuk kepada perkara di atas , saya ,Nurlisa Su Sy Ei, ingin memohon maaf kepada kakak saya di atas kekasaran bahasa yang saya gunakan di dalam chatbox blog ini.

2.Dengan ini saya lampirkan gambar cantik kakak saya :

suka serius
kol.gen tentera rumah kitarang
                                                             suka budak
3.Oleh hal demikian,harap jangan ambil hati dengan perkataan"hampeh".Kerjasama anda amat diharap.

Yang Benar,
NURLISA SU SY EI
(Pembebel Tegar a.k.a adikmu)



p/s: mencarut di awal pagi!=p

Thursday, March 10, 2011

DI hati ini..





Ibnu al-Qayyim berkata, "Di hati ada perpecahan yang tidak mampu diatasi kecuali dengan menghadap Allah. Di hati ada keterasingan yang tidak dapat dihilangkan kecuali dengan senang berdua-duaan denganNYA. Di hati ada kesedihan yang tidak mampu dihilangkan kecuali dengan senang kenal denganNYA dan jujur dalam berinteraksi denganNYA. Di hati ada kekalutan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berkumpul dengan Allah dan lari dariNYA kepadaNYA. Di hati juga ada api kerugian yang tidak dapat dipadamkan kecuali dengan redha kepada perintah, larangan, dan takdirNYA, serta sabar atas itu semua hingga bertemu denganNYA."

Apakah anda pernah merasakan makna-makna ini sebelumnya?



Ya, di hati ada perpecahan , keterasingan, kekalutan , dan kedengkian. Berbagai penyakit dan ubatnya hanya SATU, iaitu makrifat ALLAH, kenal Allah Ta'ala.

Diambil dari buku Kunci Sukses Beribadah karangan oleh Amr Khalid dan diterjemah oleh Fadhli Bakri.

p/s : thanks kat kawan yang bagi brochure yang ada petikan ni. Semoga usaha dakwah anda dilimpahkan dengan Rahmat dari Allah swt.



Tuesday, March 8, 2011

Wanita-wanita Perindu Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wanita-wanita Perindu Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

three idiots n baju kurung kuning

jelas je tajuk enty=)
three idiots ni satu filem hindustan(layan hindi...xD)
kenapa dengan filem ni??
takde apa pun..
saje nak kongsi..
bg sy cerita ni best!
seronok,funny,interesting!
yang paling penting
isi cerita tu..
.

APA  isinya?

1. kita datang U sebab apa? nak belajar ke atau sekadar memperoleh segulung qualification?


2. pengurusan stress, emosi tu penting. Kita bukannya machine yang dicipta tanpa hadirnya perasaan dan emosi.Manusia bukan machine.So,jangan terlalu mementingkan diri sendiri sampai perasaan orang lain terabai.


3. Selalu berfikiran positive.Macam rancho @phunsuk wangdu dalam cerita tu salu cakap "all is well".


4. Apa yang kita belajar tu, kita patut tahu macamana nak praktikkan..scene rancho kenakan senior dier tu cantek!


5. rancho ada cakap ,"whatever u enjoy doing , make that your profession!".

Banyak lagi agaknya pengajaran..semangat setia kawan dan sebagainya..kalau nak tahu,tontonlah cerita tu..pada yang dah tonton movie three idiots ni mesti dah tau..huhu..


Baju kurung kuning

Kenapa? takda apa.saja.
semalam dapat baju kurung kuning baru .yippy!
baju kurung ni pemberian drpd mak cik a.k.a mak kpd ex roomate dulu.
Malu nak terima
tapi takkan lah kita nak tolak pemberian orang.
Kakak sy ada pesan dulu.
Jangan selalu sangat tolak pertolongan atau pemberian orang,
nanti kalau betul-betul susah
takde plak yang nak tolong..
Ada betulnye..
tp rasa segan je..
dahla orang yg menerima ni selalu kecikkan hati anak dier..
uuu..thanks to makcik!
saya sangat suka baju kurung tu!=)
lagipun sy mmg nak kumpul baju kurung ..
kenapa?adalah sebabnya..
hehehe

                                                                x nampak colour...

Wednesday, March 2, 2011

usah risau...



Kak Laila : hey cuz.Assalamualaikum..pe kabar? lama x dgr berita.lama ke cuti ni?

Aqilah : hye.waalaikumusalam.ok je...just busy sikit . maklumlah exam dah dekat.cuti seminggu je.tu balik    kpg.

Kak Laila : yeke?or busy benda lain?

Aqilah :benda lain?what do u mean?

Kak Laila : sibuk berpacaran ler...


Aqilah : ish..camtu plak.takde la..study la..

Kak Laila :haha..tak percaya la..umur cam kamu tu mustahil takde pakwe..tambah-tambah lagi budak U.

Aqilah :ish..mane de..tak nak fikir dulu hal camtu...akak ni cam ler dier tak masuk U dulu..

Kak Laila : iyela tu..kalau ada tu takyah sorok2..elok lagi kalau kenalkan..x percaya la remaja macam kamu ni takde pakwe..masa akak dulu tak sama macam sekarang.

Aqilah : haha..aduhai...terpulang la nak percaya tak..tak semua budak U tu ada pakwe..kalau semua pun ada,    saya bukan nya semua dan semua tu bukannya saya..yang saya tahu , saya tak sedia lagi untuk hal mcmtu.tak sempurna lagi hidup ni , jadi camne nak sempurnakan orang lain punya hidup plak. nak cari orang yang boleh sempurnakan diri ni bukannya senang.akak sendiri pun tau kan.tapi akak beruntunglah , habis form 5 dah ditunangkan dengan abg Aqil.habis study terus nikah.tapi Aqilah tak ditakdirkan macamtu...biarlah dulu..kalau ada jodoh tu, ada lah nanti...akak ni...ye2 aje tanya orang..mentang2 ler dier dah kawen...huuu...

Kak Laila : hehehe.baguslah kamu fikir camtu.lain orang,lain caranya.akak kata gitu sebab couple ni macam dah jadi trend dalam masyarakat kita.kalau dulu mak ayah tak bagi anak cakap dengan laki sembarangan,tapi sekarang ni bukan stakat kasi cakap,kasi angkut sekali pun ader..akak saje je tanya..merisik kabar,kamu tu macam adik kandung akak dah..membesar sama-sama...kalau ada yang berkenan tu, jangan lupa istikharah dulu sebelum terima..

Aqilah :inshaALLAH kak..doakan yang terbaik untuk saya...kalau ada nanti , sy tak lupa nak kenalkan pada akak and family..mana yang baik di mata keluarga, inshaALLAH sy turutkan..thanks..

 Kak Laila : Ini ada hadiah untuk kamu..jangan fikir akak lupa hari ni hari lahir kamu..

 Aqilah : aik..ingat jugak ye.dah bertahun tak balik sini...fikir dah lupa dah..

Kak Laila :  mestilah ingat..kamu cakap macamla akak pernah lupa nak wish 'happy birthday ' kat kamu..cuma kali ni ada hadiah sekali.dalam tu ada kad,bukak lah nanti.em..akak mintak diri dulu..dah petang.nak mandikan anak-anak..kamu tu..jangan mandi lewat wahai anak dara sunti..kalau ada salah akak cakap tadi,minta maaf tau. jangan lupa singgah  umah..

Aqilah : iyela mak cik bedah...hahaha..elok2 jalannye..kirim salam kat abg Aqil.

Kak Laila : iyela..Assalamualaikum.

Aqilah :waalaikumusalam.


 Kad dari Kak Laila :

"wahai wanita solehah,
jangan risau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan
atau lirikan senyuman,
pada bicara manja yang menggoda 
atau pada pada pujuk rayu wanita yang meruntuhkan imannya.

Sesungguhnya  lelaki itu pemimpin kepada wanita,
Andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu,
sedang membina sahsiah kepimpinannya,
untuk memimpin  seorang wanita itu pasti ada kekurangannya,
dan...
laki-laki yang benar-benar layak,
pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu."


ingat selalu,

 " perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untu perempuan yang baik"

                                                                                        



Sunday, February 27, 2011

believe it or not!

masa blogwalking jumpe entry sal hantu..
best...

agi seram banding ngan hantu kak limah...

klik kat sini kalo nak baca...
 
nak percaya atau tak terpulang..
takde benda mustahil kat dunia ni..


==> hampeh ..g dewan makan bayar makanan,akak dewan makan gtay rm 1.50, tapi dengar rm 3.50 , pahtu bg not 2 ringgit, lupa pasal balance , sib bek kakak dewan makan bek..urgh..sound trouble!!!


Saturday, February 26, 2011

ingat!kamu masih beruntung..

bila difikir-fikirkan balik perkara lalu..
tentang masa lalu...
kenangan..
kesusahan..
kesenangan..
gembira..
sedih...
baik dan buruk...

bermacam-macam perasaan datang menghampir..bila terkenang pada kenangan indah,terasa rindu yang menebal..bila terkenang kesusahan masa lalu, rasa bertuah ..bila terkenang baik dan buruk diri sendiri,penyesalan menghampiri..penyesalan yang tak mungkin dapat ditebus dengan apa2 lagi..


tak terasa , hampir 4 tahun my mum passed away..i felt nothing..but empty when I think of her..such nothing happened..the only thing that make me realise she's not in this world anymore , she's not here when I need someone to share with what I had went through , my sadness , happiness..when I went back to the moment that shouldn't happened between my mum and I , I started to think , how bad I was as a daughter , how many sins that I had commited , her forgiveness?

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
                                                                                              (  al-isra';17:23)

Betapa banyak dah terluah perkataan kasar....perlakuan yang tak mengecilkan hati orang tua..

Hey buddies , you are such a grateful , you still have your parents to be by your side ..I only has my dad (besides my siblings) ,but it's not the same like having a mum around with you..isn't it? REDHA..I don't want to be sad because my mum is not around.I believes Allah love my mum , that's why Allah took her away...InshaALLAH , Allah always want the best for us..I'm gaining a lot of courage afterall..but the feeling of regret always here, deep in my soul..my point here is , please...don't ever let yourself regret for what u had said  ,done to your parents..to achieve this..u know what's the right things to do..respect them..If u lose somebody that is very special to you , don't be too sad , believes there's something behind all of what had happened..appreciate what is infront you..

Papa , dear sis and brothers..
I won't let you down! Please remind me this.

" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil ".

                                                                                  (Al-Isra';17:24)

For all of my tears...



"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang yang baik , maka sungguh. Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat."

                                                                                       ( Al-Isra';17:25)

terlalu banyak penyesalan yang berlaku  di dunia ini kerana MASA YANG TELAH BERLALU TAK MUNGKIN DIULANG LAGI...walau sesaat...walau setengah saat...walau sekali kerdipan mata...

"Demi masa.Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
                                                                                  ( Al-asr;103:1-3)

Andai waktu bisa memanggil

Opick ft Fira Flo


Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali


Ilahi ampuni kami

Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa



Andai waktu memanggilku

Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati kan memohon di kemahaan-Mu



Tangan ini hati ini

Hari-hari berlalu kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta



Andai waktu memanggilku

Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati kan memohon di kemahaan-Mu



Tangan ini hati ini

Hari-hari berlalu kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta



Tangan ini hati ini

Hari-hari berlalu kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta




Tuesday, February 22, 2011

pregnancy control

semalam terbaca satu artikel kat yahoo news.Tajuk news tu" planet could be unrecognizable by 2050 experts say".
                                  tak pandai nak captured screen=(


dalam artikel tu ada menyatakan ayat ni


"More people, more money, more consumption, but the same planet," Clay told AFP, urging scientists and governments to start making changes now to how food is produced.


sebenarnye apa yang sedang diperkatakan oleh artikel ni?


kalau menurut saya, artikel ni memperkatakan mengenai pertumbuhan populasi manusia di Bumi ni.
Disebabkan peningkatan populasi manusia di dunia dari masa ke semasa, mungkin pada tahun 2050 nanti bumi ni dah tak macam bumi agi dah..nak tau nape?




 artikel tu kata gni..


The United Nations has predicted the global population will reach seven billion this year, and climb to nine billion by 2050, "with almost all of the growth occurring in poor countries, particularly Africa and South Asia," said John Bongaarts of the non-profit Population Council.
To feed all those mouths, "we will need to produce as much food in the next 40 years as we have in the last 8,000," said Jason Clay of the World Wildlife Fund at the annual meeting of the American Association for the Advancement of Science (AAAS).
"By 2050 we will not have a planet left that is recognizable" if current trends continue, Clay said.

The swelling population will exacerbate problems, such as resource depletion, said John Casterline, director of the Initiative in Population Research at Ohio State University.




US menjangkakan bahawa tahun ni global population akan mencecah 7 billion dan akan mencecah 9 billion pada tahun 2050 dan pertambahan tu bayanyak berlaku kat negara miskin.dalam masa 40 tahun ,kiter kena sebanyak mungkin makanan seperti yang kiter ade dalam 8000 thn yg lepas..pahtu dier gtau,pertambahan populasi manusia ni hanya akan menambahkan masalah aje..contohnye  sumber makin berkurang..


nape boleh jadi gtu?


artikel ada gak kata gni kan..


To feed all those mouths, "we will need to produce as much food in the next 40 years as we have in the last 8,000," said Jason Clay of the World Wildlife Fund at the annual meeting of the American Association for the Advancement of Science (AAAS).


maksudnye ,byk manusia,byk mulut,banyaklah perut perlu diisi...so..disebabkan tu,banyaklah bahan atau sumber yang ada kat muka bumi akan diperlukan atau digunakan utk "feeding" dan utk hidup lah terutamanya.




langkah penyelesaian yang dicadangkan:



"We want to minimize population growth, and the only viable way to do that is through more effective family planning," said Casterline.

Casterline mencadangkan perancangan keluarga melalui cara yang berkesan  adalah cara untuk mengurangkan perkembangan populasi..




 wah..betul ke ni..pertambahan populasi manusia akan membuatkan bumi kita ni unrecognizable by 2050..??yeke?atau masa tu bumi akan jadi lebih makmur daripada sekarang?atau masa tu memang bumi ni dah tak wujud sebab dah kiamat?wallahualam..


pasal perancangan keluarga,perluke gtu?mengurangkan jumlah manusia kat atas muka bumi ni?kalau lah semua merancang,camne erk,golongan muda nye sedikit,golongan tua plak byk jadi nanti kejer berat sapa nak wat kan?..dah terjadi pun kat negara-negara barat..kalau merancang dr skrg mungkin kot seimbang yang tua dan mudanya,tapi perluke sampai macamtu skali?meramaikan umat tu kan baik..nape lak nak merancang segala.kalau merancang camne nak lahirkan manusia yang baik,oklah tu...rezeki tu..takkan takmo plak.tuhan kasi free je anak tu..ish3..setiap anak tu kan ada rezeki masing-masing,nape nak risau sangat tak boleh bagi makan anak..andai ada kesusahan dalam mencari sesuap rezeki halal demi anak-anak,tu hanya dugaan di siang hari...mungkin malamnya akan berakhir indah..


pada fikiran saya:


dier menggalakan perancangan keluarga yang berkesan,apa kata kalau perancangan keluarga tu bukan hal pregnancy control tapi macamana kalau ibu bapa kat dunia ni diberi education tentang keibu bapaan.bukan ibu bapa aje,setiap anak-anak yang tumbuh dimuka bumi perlulah dijaga rapi dan diberi pendidikan sempurna.terutama hal agama yang patut dijadikan pelajaran no 1.bagaimana kalau benih2 yang bakal mekar di dalam rahim setiap ibu itu merupakan benih suci?kan kah rugi je si ibu taknak pregnant..andai kata setiap ibu bapa di dunia ni merupakan soleh dan solehah,inshaALLAH,kerosakan muka bumi ni akan berkurang..pregnancy control kalau sebab masalah kesihatan rasenye leyh consider agi..tp hal ni tak tau la..


ni pikiran saya aje..tak tau la orang lain faham ke tak.setuju ke tak.terpulang..=).minta maaf andai tersalah.











Sunday, February 20, 2011

untung awak..

Di sebuah restoran makanan segera...


hani: eh2..cuba ko tengok tu...

ira: tengok ape ?

hani: ala ..tu laki tu...yang pakai baju merah tu..yang putih2..rambut cacak warna kuning2 tu...

ira : ha..nape dengan laki tu?hensem erk?ko suke ke?

hani: ish adelak...cuba ko tengok mata dia tu...tengok satu arah je...

ira : mata dier?satu arah?mane plak...

hani: tengok la betul2.aku dr tadi heran...mata dier tengok satu tempat je  dr td..nak ckp tgh termenung..kaki2 dier gerak2 plak...tersengih-sengih semacam aje...

ira : a'a la..

hani : ha...pastu..ko ikut arah mata dia tu..mana dia duk tengok..

 ira :  hahaha..khusyuk..patut ar...ader penjamu selera kat depan..em..yummy..

 hani : hahaha...ko nih ade lak yummy..aku mula2 heran gak tengok laki duk sengih2 aje pahtu tak alih2 mata tgk tempat same depan dier...rupa2nya sebab perempuan depan tu...menikmati  indah ciptaan ALLAH.

ira : ko ni duk skodeng laki ea..ish3..tapi betul gak ko kata,dia khusyuk menikmati kejadian Allah..

hani : keindahan yang tak patut di publicise kan..


seminit dua berlalu...


seorang laki-laki(B) tiba2 berdiri sambil menuju ke arah laki2(A) yang sedang khusyuk menikmati ciptaan ALLAH ..

laki B : HEY awak..yang awak pandang-pandang dari tadi ape hah?!

laki A : eh ..sy pandang ape plak??

laki B : awak jgn pura-pura tak tahu plak..dari tadi sy perhati awk duk tengok makwe saya.tersengih-sengih.nape,ader masalah ke?

laki A : EYH..ade mslh ke kalau sy nak tengok..mata untuk melihat..lagipun kebetulan makwe awk tu duduk depan saya..nampak belakang aje pun..

 laki B :mmg nampak belakang aje..yang awk asyik pandang nape?

 laki A : biarlah saya nak pandang pun..lagipun menarik untuk dipandang..kalau awk nak marah sy sbb pandang makwe awk,baik awk marah orang lain jugak sbb diarang pun dah pandang makwe awk skali..

 laki B : Kurang ajar..berani awak nak pandang makwe saya..baik awak minta maaf kat makwe saya sbb pandang dia camtu!dia gadis bertudung tau tak..pandangan awak tu satu penghinaan.

 laki A : kenapa saya nak minta maaf plak...saya salah ape?kalau sebab saya pandang dier saya nak minta maaf baik tak payah aje la..dier yang sukarela nak suruh orang tengok..kalau xnak makwe awk tu kena pandang baik awk simpan dier lam almari aje,kelubung aje gune kain selimut biar tak nampak sangat body shape dier yang pergh tu..kalau taknak orang tergoda janganlah menggoda..bodoh!baik awak marah makwe awk tu sbb pakai baju ketat nampak semua drpd marah saya sbb pandang makwe awk...btw..she's hot..wlpn cekup kepala , oh ye ..saya dapat tengok depan skali tadi...untung awk ..

laki A berlalu meninggalkan tempat tersebut..laki B hanya tertunduk malu ..makwe si B gelisah ..



jadi ,kita nak salahkan siapa dalam cerita ni? laki2 yang tak menundukkan pandangan ke?atau si perempuan tu?laki B tu untung ke dapat makwe gtu?






Wednesday, February 16, 2011

si kecik kau memang kecikkkk!!

bila tengok gambar-gambar yang lepas teringat kat si budak kecik yang berada jauh kat kampung halaman..macam-macam memek muka yang ditunjuk time bergambar...ape punyer budak ar...

                                                            gedik beno cara dier ni posing
                                                             suka yang  ni..







Friday, February 4, 2011

jiwaKu RaPuh

ya..memang pun jiwa kita ni rapuh.lembik.lemah.ape2 je yang sewaktu dgnnye..emmm..termasuk diri ku yang kenit ini.punya jiwa yang besar tapi umpama tulang tak cukup calcium.RAPUH.kenapa cakap RAPUH?sebab belum lagi mampu istiqamah..hari ni belajar,esok tak,hari tahajud esok tak..macamana nak berjaya kalau segala yang dibuat  hanya sekadar ikut mood..:(.ape nak jadi dah..macamana ea nak jadi orang yang berdisiplin?em..risau...

masalah lagi:

nape jerawat ni tak sembuh2?berapa lama lagi kena tahan dengan jerawat ni?berapa banyak agi ubat kena makan?kenapa ea saya ada jerawat?

jawapan pengubat hati : Ada hikmah di sebalik setiap kejadian,jadilah orang yang sabar sebab orang sabar selalu beroleh kejayaan yang besar masa depan..(betul,betul,betul).Lagipun,kalau ada jerawat sekarang,kita tak lah sukahati je nak caci orang lain nye appearance..yang paling best,sifat MALU tu sangat tebal..tambah agi,tak lah gedik2..hua3..adoi..macam2..semoga jerawat ini sembuh secepatnya..

                                                        tgk ni..jerawat lor..