Thursday, March 10, 2011

DI hati ini..





Ibnu al-Qayyim berkata, "Di hati ada perpecahan yang tidak mampu diatasi kecuali dengan menghadap Allah. Di hati ada keterasingan yang tidak dapat dihilangkan kecuali dengan senang berdua-duaan denganNYA. Di hati ada kesedihan yang tidak mampu dihilangkan kecuali dengan senang kenal denganNYA dan jujur dalam berinteraksi denganNYA. Di hati ada kekalutan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berkumpul dengan Allah dan lari dariNYA kepadaNYA. Di hati juga ada api kerugian yang tidak dapat dipadamkan kecuali dengan redha kepada perintah, larangan, dan takdirNYA, serta sabar atas itu semua hingga bertemu denganNYA."

Apakah anda pernah merasakan makna-makna ini sebelumnya?



Ya, di hati ada perpecahan , keterasingan, kekalutan , dan kedengkian. Berbagai penyakit dan ubatnya hanya SATU, iaitu makrifat ALLAH, kenal Allah Ta'ala.

Diambil dari buku Kunci Sukses Beribadah karangan oleh Amr Khalid dan diterjemah oleh Fadhli Bakri.

p/s : thanks kat kawan yang bagi brochure yang ada petikan ni. Semoga usaha dakwah anda dilimpahkan dengan Rahmat dari Allah swt.



No comments: