Harini tetiba terdetik nak ubahsuai blog ni memandangkan design blog ni dah lama tak terusik dan tak diuruskan dengan baik. Macam rumah kita, kalau asyik dekorasi yang sama boleh menyebabkan kebosanan,. Jadinya untuk perbaiki lagi mood supaya lebih rajin nak tengok blog, kita belajar sikit bagaimana nak tambah baik atau 'upgrade' rupa blog. Langkah pertama nak 'upgrade' rupa blog adalah.
1. Google kan 'How to upgrade your blogspot',sebabnya kita tak ada idea sangat bagaimana nak perbaiki dan nak mulakan dengan apa.
2. Nanti dah tekan 'search' akan keluarlah banyak-banyak saranan, ikutlah kita nak perbaiki dari segi apa.
3. Untuk blog ni, kali ni objektifnya nak perbaiki layout dan template bagi kemas sikit dan ceria. Masa tengah cari idea, muncul saranan bagaimana nak tambah tab 'page' ,sebelum ni pernah buat, tapi tak boleh nak 'update' content, jadi umpama hiasan je tab bahagian atas. Menarik kalau ada 'page tab' ni macam kita ada website sendiri..ok,video tutorial ni sangat membantu untuk ajar kita bagaimana nak wujudkan page tab yang hidup, maksudnya setiap update kita ada untuk page yang kita wujudkan tu.
Kita aplikasikan untuk blog kita sendiri, hasil akhirnya....jeng jeng jeng....
Langkah-langkah nak bina 'page tab' ni senang je. Sebelum wujudkan page tu kena pastikan ada post blog yang kita nak post bawah tajuk page tab yang kita nak wujudkan tu. Contohnya nak wujudkan satu page tab tajuk 'Life' , kena ada post-post yang berkaitan. Ataupun kita boleh buka semula post-post kita terdahulu untuk kita klasifikasikan bawah page 'Life'. Step untuk ni sila baca seterusnya..
1. Klik akaun blog kita.
2. Akan nampak sebelah kiri kita ada 'Posts','Stats','Comments' dan seterusnya..Klik bahagian 'Post' dan akan terpaparlah post-post kita yang lepas...
3. Pilih salah satu tajuk post yang kita nak letak bawah page tab yang kita nak wujudkan tu, macam blog ni nak wujudkan page tab 'Life' jadi cari post berkenaan life dan klik 'Edit'.
4. Bila dah klik edit, akan ada box 'Label' di sebelah kanan, sebelum ni main taram je letak apa kan, sekarang kalau rasa tak suka semak, padam label lain dan taip 'Life'(sama dengan tajuk page tab yang kita nak wujudkan).Kalau tak nak padam label yang merapu pun takpa, yang penting label yang sama nama dengan page tab baru tu dah ada.Klik 'Done' dan 'Update'.
6. Bila dah ada paparan penuh post tu, scroll ke hujung post akan jumpa 'Label', klik pada label yang sama nama dengan page baru kita nak wujudkan tadi, contohnya untuk blog ni, label 'Life', jadi klik pada 'Life' dan paparan baru akan keluar.
9.Klik 'Add external link', dan 'paste' kan url yang dah copy tadi, dan namakan page tab tu dengan nama label tadi..tekan ' Save'.
tajuk tab tu boleh letak nama tak sama dengan nama label, tapi lebih baik sama la dengan nama nama label takut nanti celaru |
10. Boleh semak di bahagian 'View blog' akan muncul page tab 'Home' dan 'Life' contohnya untuk blog ni..Klik pada page tab baru, jadi semua update bog yang ada label 'Life' akan muncul bawah page tab tu..huhu..senangkan? Hasil akhir boleh tengok pada gambar pertama, jadinya bila kita klik pada page tab tu akan keluar hanya post yang ada label yang sama sahaja.Jadi kesimpulannya, label pada setiap post kita yang akan menentukan ianya muncul di bawah page tab yang mana..Nak tau jadi tak sila cuba klik pada page tab saya:)
No comments:
Post a Comment