Thursday, February 9, 2017

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Bukit Batu Putih merupakan sebuah kawasan tanjung berdekatan dengan rumah api di Tanjung Tuan. Populariti tempat ni lebih kurang popular macam Bukit Broga la sebab kalau cuti je penuh dan kalau lambat sampai (lebih pukul 8) dah penuh la kat atas tu. Kesukaran untuk sampai ke 'puncak' dari kawasan letak kereta tu daripada 10 ,setakat 2 je, sebab naik bukit sikit je,sempatlah jugak nak semput tapi taklah sesukar mana pun. Jalan masuk ke puncak Batu Putih ni ada dua, boleh pilih nak sampai puncak dahulu baru turun ke kawasan pantai atau sebaliknya. Kalau jalan yang senang dan nak ke puncak dulu,pilihlah jalan masuk sebelah kanan yang berdekatan dengan rumah api. Jalan satu lagi bawah sikit ada nampak macam tali pemegang, yang tu akan lalu pantai dulu baru kena panjat naik bukit dari pesisir laut.

Pergi untuk kedua kali sememangnya menambahkan lagi ilmu berkenaan Batu Putih ni, sebabnya masa kali pertama datang, sampai ke puncak je, tak tahu ada jalan ke bawah, kali kedua ,explore sikit jalan ke bawah dan mulanya hampir tak jumpa jalan ke pantai, hampir nak redah ke sana lalu jalan laut yang ada batu-batu besar, nasib baik tak buat sebab dalammmm oi...masa nak balik tu terjumpa pulak jalan ke pantai..rezeki tu ada namanya..huhu.

Ni entrance untuk naik ye, kena bayar RM1 ke RM2 untuk dewasa..


Jalan naik ke Batu Putih
Macamni penuhnya bila pergi hari cuti..tempat untuk turun bukit ke pantai tu ada di sebelah tangan yang pegang monopod,tepi batu yang kat area hujung  tu turun ke bawah nanti jumpa la..

Ni laluan yang jalan masuk berdekatan dengan rumah api, terus ke puncak, tak lalu pantai
Ni jalan naik ke bukit melalui pantai, tapi gambar ni, kitarang balik masa turun bukit lalu pantai

Kalau terasa nak susah boleh lah naik guna ni ke puncak tu, kalau tak boleh guna jalan belah kiri,takda tali la..




Pantai yang boleh nampak dari puncak bukit Batu Putih

Terserempak teammates naik G.Rajah haritu..hahaha..bagus depa ni tak sombong..cam aku yang segan silu selalu nak tegur orang..


View dari puncak Bukit Batu Putih

Laluan turun dari puncak Bukit Batu Putih menuju ke kawasan pantai..tricky sikit ye..sebab jalan ni macam pusing keliling bukit tu dari sebelah kiri(ngadap laut bila diri kat puncak) turun ke bawah nampak laut then kena jalan lagi ke sebelah kanan bawah tu lalu hutan ye baru sampai ke pantai..

dah turun akan jumpa tempat macamni..dari sini masuk semula dalam semak tu menuju ke belah kanan, macam keliling bukit la..

Kat belakang,bahagian bawah ni la kalau tak silap jalan turun ke bawah,ni sebelah kiri menghadap laut.

Bukit Batu Putih ni sesuai tengok matahari terbenam sebab dekat dengan pantai,kalau nak tengok rumah api kat atas, bolehlah jalan lurus je masa naik bukit yang ada jalan tar tu, dan janganlah datang lewat pagi ke Batu Putih ni sebab ramai orang dah atas puncak tu takda pokok untuk berteduh ye. Kesesuaian umur untuk naik bukit ni, semua peringkat umur yang mampu berjalan dengan entrance fee yang murah. Selamat berbukit putih Port Dickson yoo..Post outdoor seterusnya adalah...nak cerita berkenaan trip 7 hari 6 malam ke Iran ke atau Bukit Kutu Dayhike ke camane eh..huhu..tunggu la nanti..


No comments: