Lebih kurang 5 minggu lepas, aku dan dua orang lagi kawan berkesempatan untuk jalan-jalan di Iran. Pada awalnya, aku rasa ragu-ragu sikit nak ikut serta sebab memang Iran ni tak ada dalam senarai negara yang aku ingin nak jejak. Tapi sebab simpati kat Najwa sebab kawan yang seorang lagi (Mirul) tak dapat nak pergi sebab mak ayah dia tak bagi pergi. Jadi belilah tiket pergi Iran untuk 7 hari 6 malam dengan harga dalam RM1500 sekali meals pergi dan balik, balik tu ada 20kg
baggage. Lepas aku
confirm dapat pergi, Mirul
confirmkan dia dapat ikut sekali, mak ayah dia bagi pergi.
Perkara
best
bila pergi jejalan dengan orang yang kita baru kenal ni, satu kau dapat kawan barulah, kedua kau boleh dapat ilmu lah kot. Macam bila ikut trip Najwa ni, ada Mirul, Mirul ni dia dah biasa
travel, yelah dah kerja dia pemandu pelancong, jadi cara dia rancang trip berbeza sikit daripada kita yang selalu main redah je ni. Aku tengok itinerary yang dia sediakan, fuhh..nampaklah profesional dia kat situ..guna excel tu..aku selalu guna
simple listing tulis tangan je sebab semak kalau guna excel hahaha..
Itinerary kami lebih kurang macam berikut setelah dipermudahkan:
Hari pertama(5 Jan 2017):
Waktu Malaysia 5 Jan 2017
7.30pm: Bertolak ke IKA dari KLIA
11.50p.m(Waktu Iran): Tiba di IKA (Tidur di airport IKA)
|
Terminal Junub atau Junoob |
|
Snek yang disediakan untuk penumpang, siap ada cawan plastik pakai buang untuk minum,tapi tak digunakan pun |
Iran tiga jam lambat daripada Malaysia kot,jadinya kena menghadap malam lagi bila kat sana.Airpot dia selesa dan rasa selamat untuk kita tidur, kami siap berbaring di kerusi bahagian menunggu dan memang ramai yang sama tiba dengan kami buat perkara yang sama jadi tak rasa tak selesa.
6 Jan 2017
6.30 am: Bertolak ke perhentian bas Junoob
8.00 am: Bertolak ke Esfahan
1.30 p.m: Sampai di Kaveh Terminal,Esfahan, ambil teksi ke hostel (Ebisinian hostel)
2.15 p.m: Rehat, solat
4.00 p.m: Keluar jejalan sekitar dan makan malam
5.30 p.m:Rehat
|
Dalam hostel Ebnesina |
|
Hallway hostel Ebnesina |
|
Makan malam pertama di Iran,makan beriyan..bukan beriyani k..haha |
7 Jan 2017
7.30 am:Breakfast di hostel
8.00 am: Checkout,simpan beg di hostel.
8.15 am: Jalan kaki ke Imam Square dan Naqs-e-jahan
2.00 pm: Ambil teksi ke kawasan Vank Cathedral dan khouso bridge
5.00 p.m: Kembali ke hostel,ambil beg dan bertolak ke terminal bas Kahveh
11.30 p.m: Bertolak ke Shiraz (Masa ni lawak sikit, Mirul insist nak bas yang ada wifi, orang kat kaunter angguk-angguk je, lepastu, kitarang terus menunggu bas wifi, bila dah 1130 pm tu pemandu bas tu panggil keluar ke tempat bas, tapi dia suruh tunggu, jadi menunggulah kita ni tadi, tapi lepastu pemandu tu pergi dengan bas dia, kami disuruh tunggu lagi, last sekali naik bas yang kira macam terakhirlah untuk company tu punya, bila cek, takda wifi, masa tu dah gelak-gelak kat Mirul sebab dia yang beria sangat nak wifi.Pasrah je la sebab yang penting selamat sampai destinasi seterusnya.)
|
Jalan kaki dari hostel ke Imam Square(dalam 10 minit sampai) |
|
Masjid kat Imam Square, kat belakang tu gambar imam kot, sebelah dinding lagi gambar Imam Komenei |
|
Ini minaret yang dah usianya agak bersejarah lah jugak.. |
|
Makam di Imam Square..jangan terkejut, makam begini banyak dan jadi tempat suci depa.. |
|
Yang best kat sini tengok macam-macam corak kubah.Motosikal diarang memang antik k.. |
|
Ni salah satu masjid awam di Naqs-e-jahan, kitarang masuk je solat sini si Reza tu bawa,tapi solat sendirilah. |
|
ni bukan kat naq-e-jahan, tapi rekabentuk sama, |
|
ni kat imam square kalau x silap..banyak masjid tengah renovation |
|
kawasan dataran naq-e-jahan, hiasan yang kat tanah tu macam bunga kobis yang warna warni. |
|
Naq-e-jahan, objek depan tu kalau tak silap masjid private yang tengah dibaiki |
|
Khouso bridge, dataran bawah tu sebenarnya tasik yang dah kering |
|
sisi tepi jambatan |
|
Bersama jambatan Khouso tu ada dua lagi jambatan lain tapi tak ingat sangat nama. |
8 Jan 2017
6 am: Sampai terminal bas Karandish, solat
7 am: Ikut pemandu pelancong, Ferhad.
Ferhad ni Mirul yang terjumpa kat terminal tu, dia offer jadi pemandu pelancong sebab Shiraz ni tempat kami nak pergi tu jauh-jauh jadi kami bertiga putuskan ambil pemandu pelancong. Bayaran ikut jam. Shiraz ni kami sempat lawat Pink mosque(8 am), satu masjid yang banyak orang alim syiah,deco dalam dia cantik,Persepolis, singgah beli simcard dan akhir sekali Ferhad ni tolong bawak beli tiket keretapi dan hantar ke stesen keretapi.
4pm: Sampai di stesen keretapi (Kat sini ada sekatan sikit, pihak keselamatan sana lepas cek passport kami dia tahan kami sekejap sebab macam ada masalah tarikh pada cop imigresen masa arrival tu. Iran guna kalendar hijrah, jadi tahlah, mungkin dia keliru tarikh ke camane, sempat seorang pegawai tu tanya," Where are you from? When did you arrived?This date is expired." Kitarag buat muka blurr la, tapi aku tak gabra lah sebab aku tau Malaysia tak perlu visa masuk Iran dan boleh berada di negara tu sebulan ke tiga bulan kot .Dah calling-calling baru kami ni dibagi kebenaran untuk berlepas.
5.30 pm: Keretapi bertolak ke Tehran
|
Dalam masjid..banyak hiasan kaca-kaca dan cermin yang dibentuk jadi geometri |
|
Kami datang yang terawal, jadi tak buka pintu lagi. |
|
Inilah biasan yang digilai pelancong..tapi biasan begini memang ada di kedai-kedai juga sebenarnya, tapi sini yang paling besar ruang biasan |
|
Terowong di Pink Mosque |
|
Blue well di Pink Mosque |
|
Gambar ahli falsafah kami di Persepolis..haha |
|
Satu-satunya stesen keretapi di Shiraz |
|
Dalam keretapi |
|
Pemandangan matahari terbit sepanjang perjalanan menuju ke Tehran |
9 Jan 2017
9 am: Sampai Tehran, cari hostel
10.30 am: Sampai 7hostel tapi tak boleh check in lagi,jadi letak beg dulu. Jejalan area Tehran.
4.00 pm: Balik hostel,check in dan rehat.
|
Simpang ke 7hostel ni, ada bangunan nama ni.. |
|
simpang ke 7hostel,jangan terkejut, 7hostel memang dalam kawasan kejiranan |
10 Jan 2017
7.30 am: Sarapan
8.00 am: Bertolak ke Tochal, menikmati Tochal,nasib kamu tak berapa bertuah sebab 9 Jan tu pemimpin besar mereka mangkat, jadi Tochal tu, perkhidmatan cabel car semua benda tu ditutup sebab berkabung. Jadi rehat-rehat kat kaki bukit je. Sempatlah nak hiking separuh gunung tu denga Mirul dan rasa hujan salji sikit-sikit bila kat atas tu.
5.00 pm: Mirul dan kami berdua berpecah, Mirul nak pergi beli kacang di tempat yang kami pergi semalam.
7.00 pm: Bertolak ke IKA.
11 pm kot: Fly back to KLIA2..
12pm: Sampai KLIA2
|
Berlatar belakangkan gunung Tochal |
|
Tak dapat naik atas, kita santai-santai di kaki bukit |
|
Stesen metro di Tehran |
Total cost dalam 250 US dollar sepanjang berada di Iran..itupun masa hari akhir boleh belanjakan dalam 300000 riyal untuk belikan sedikit ole-ole di airport.
|
Iti Mirul buat siap dengan estimated cost..zoom kan ok.. |
|
Metro tu ada pass,beli 50000 riyal tu boleh dapat dalam 5 perjalanan macamtu, haritu kami guna to and fro tochal dan ke kawasan bazar masih berbaki lagi banyak..so beli je pass 50000 tu untuk jimat. |
Lebih kurang beginilah belanjawan sebenar sepanjang perjalanan. Untuk hari terakhir tu kami kongsi bayar teksi ke airport bahagi 5 orang,sorang dalam 70000 riyal gitu. Nak convert pergi USD senang je, bahagikan kepada 29500(exchange rate di airport).
Pesanan:
1) Kalau nak tukar duit, tukar di kedai, jangan di airport, mahal sangat. Bayangkan kat airport 29500 kat kedai dalam 27000 gitu je.Kami haritu tak tukar sekaligus, tukar 100 dolar dulu, yang lain tukar kemudian.
2) Kalau pemandu teksi minta caj lebih dari kita estimate, jangan setuju, haggle lagi harga. Kalau dia tak nak, cari teksi lain, industri pelancongan sangat menguntungkan kat sana salah satunya sebab caj pelancong yang agak tinggi macam caj teksi tu....padahal harga minya depa murah gila..
3) Kalau nak cari pemandu pelancong lebih baik cari yang berlesen supaya bila masuk tempat attraction, diarang masuk sekali bagi penerangan, kalau macam kami ni tak berlesen, dia tak boleh masuk sekali..cam tak best la jugak..tak harga yang berlesen tu lebih murah kadang..haha
3) Harga murah untuk penginapan bagi musim sejuk, masa tu pelancong kurang.
|
ni hostel yang kami duduk di Tehran |
|
Nak cari penginapan di Iran melalui internet? Maklumat terhad, cuba website yang dalam card ni.
|
Banyak lagi tempat boleh pergi kat tiga tempat kami pergi ni (Tehran, Isfahan, Shiraz), cuma bergantung pada belanjawan kita bagaimana, contohnya macam kat Shiraz, ada Eram garden, walaupun Januari musim sejuk, Shiraz ni siang umpama macam Cameron Highland je suhu,jadi Eram garden tu menghijaulah juga. Kami kejar masa, jadi tak sempat nak pergi, lagipun, team mate bukan peminat landskap, jadi tak mengapalah..hehe..Kesimpulannya, keseluruhan trip ni kebanyakkannya kami habiskan masa dengan berjalan, berjalan..... dan terus berjalan..banyak jalan kaki menikmati suasana sana, tengok orangnya, cara hidup diarang..apapun, Alhamdulillah, satu dua persepsi negatif sebelum sampai dapat dikurangkan contohnya berkenaan agama yang dianuti..
No comments:
Post a Comment