Sunday, September 29, 2013

Semester tiga minggu ketiga-hectic life has just begun



Dah tiga minggu kelas untuk semester satu sesi 2013/2014 mula, tapi masih dalam mood bercuti. Mungkin akar kemalasan yang dibaja semasa cuti semester terlalu kuat hingga tak terkawal. Inilah padahnya bila mutabaah amal goyah.Disiplin entah ke mana prestasi harap-harap tidak ke laut.

Semester ni kena daftar 17 mata kredit. Nampak sikit, tapi jadual sungguh la tak secantik semester lepas.Khamis dan Jumaat sepenuhnya untuk berkhidmat di lapangan untuk amalan pengeluaran sayur-sayuran, amalan ladang pengeluaran buah-buahan dan pembiak bakaan tumbuhan. Ponat memang ponat ar tapi takpa...takla kebosanan duduk di kelas saja.

*Kenapalah aku paksa diri aku buat ayat skema*


Amali Ladang Pengeluaran Sayur-sayuran
Entomology : Insects Study (Amali) Credit to Amin.

Amali Pengeluaran Buah-buahan


Semoga semester ini lebih cemerlang dari sebelumnya.:)

Friday, September 27, 2013

Rajin satu pertiga

Situasi : Di dalam kelas Pembiak bakaan tumbuhan.

Dr. : Siapa bawak buku ni, Plant Breeding?
Pelajar: Lisaaaa..
Dr. : Berapa orang je bawak buku.Tu sape punya? Awak?
Ayu: A'a.
Dr : Tu buku apa?Novel?Plant Breeding?(tengok Hayyu)
Hayyu : Ha.Plant breeding.
Dr.: Berapa orang je yang rajin bawak buku. Itu pun rajin satu pertiga je.

Dr. pesan minggu lepas, setiap orang bawak tiga buku datang kelas pembiak bakaan tumbuhan. Orang lain tak bawak, tiga orang je bawak,tapi yang tiga orang ni pun bawak satu je buku daripada tiga buku yang dibawak ke kelas.

Saya terfikir, bagaimana nak baca habis buku yang tebalnya sebanyak lebih 500 muka surat  dalam masa satu semester? Hujung minggu yang tak pernah kosong. Malam yang sentiasa ada aktiviti.Jawapannya mungkin pada kesungguhan dan disiplin pelajar agaknya.Pernah terfikir untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti sampingan dan hanya mengabdikan diri untuk menelaah buku pelajaran saja,tapi itu umpama kehidupan yang tidak bewarna-warni.Bosan dan boleh menyegerakan kemasukan ke Tanjung Rambutan. Kokurikulum dan kurikulum hari ni adakah benar-benar sesuai untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar atau banyak menekan pelajar ? Biar saya fikir dahulu:)

Monday, September 2, 2013

Empat macam lelaki

Khalil bin Ahmad berkata," Lelaki itu ada empat macam lelaki yang tahu bahawa dia tahu. Inilah orang alim sejati. Lelaki yang tahu namun tidak tahu bahawa dia tahu. Orang semacam ini tertidur. Bangunkan dia! Kemudian lelaki yang tidak tahu namun dia tahu bahawa dia tidak tahu. Inilah orang yang minta petunjuk, tunjukkanlah! Dan terakhir adalah lelaki yang tidak tahu dan tidak tahu lagi bahawa dia itu tidak tahu. Inilah orang yang bodoh. Tinggalkan saja dia!"

Petikan daripada buku Penenang Jiwa:Pengubatan dan Rawatan
Imam Al-Ghazali
Terjemahan kitab Mukashafah Al- Qulub

Kita pilihlah yang mana satu daripada empat macam lelaki yang kita mahu. Wallahualam.