Friday, January 11, 2013

Sambung belajar:di mana?aku keliru?

Keliru lagi

Tadi ada adik junior DPIM telefon bertanyakan hal permohonan UPU.Banyak perkara yang dibualkan berkisar tentang pilihan melanjutkan pelajaran.Bagi orang lain,mungkin perkara ni nampak mudah,tapi sebahagian yang lain yang kuat memilih minat melebihi yang lain yang ada,hal sebegini memang sangat kritikal untuk difikirkan.Macam junior saya ni,masih belum dapat nak putuskan samada nak sambung belajar di UiTM atau di universiti lain.Tapi yang pasti menyambung ke bidang lain,bukan lanjutan program yang diambil semasa diploma dahulu.

Kelebihan dan kekurangan

Pada asasnya,mana-mana program pun baik bagi masa depan.Jika kita hanya memikirkan mengenai peluang pekerjaan,kena ingat,pasaran kerja kurang menentu.Pendek kata, semua itu rezeki Allah.Apa yang perlu difikirkan bila nak sambung belajar ni,arah mana kecenderungan kita dan niat haruslah ikhlas untuk menimba ilmu.

Selain tu,kita kena juga consider pendapat mak ayah.Seandainya mereka merestui tak ada masalah nak pilih apa yang kita minat berbanding dengan apa yang kita tawarkan.Hal camni takda masalah sangat bagi orang yang dapat satu tawaran je.Bagi macam pelajar lepasan UiTM contohnya,bagi lepasan diploma,mereka dapat membuat dua permohonan berbeza melalui dua saluran berbeza iaitu,directly ke UiTM, dan satu lagi melalui sistem UPU.

CONTOH Situasi: Seperti saya sendiri,bagi pengambilan pelajar ijazah kemasukan September tahun lepas,saya mendapat dua tawaran iaitu satu dari UiTM,satu lagi daripada UPU(tawaran masuk UPM) bagi dua program berbeza.Banyak perkara kena dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Kelebihan menyambung pengajian di institusi yang sama.cth UiTM Diploma sambung UiTM ijazah.

1) Pengecualian mata kredit mudah dilakukan.Sekaligus anda boleh menyingkatkan waktu  contohnya pengajian dari 4 tahun ke 2 Tahun setengah atau 3 tahun.(Time consumption).

2) Anda sudah biasa dengan sistem pengurusan sedia ada.

3)Dapat duduk kelas dengan kawan-kawan,sekampus atau se program dengan kawan.


Kelebihan menyambung di institusi yang berlainan:

1) Terdedah pada persekitaran yang sangat baru(hampir semua baru).

2) Terdedah pada sistem pengurusan universiti yang baru.


Pendapat saya sendiri: Bertukar universiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi memberikan saya pengalaman yang lain.Contohnya,pendedahan kepada sistem yang lain(u can do a lot of comparison).Personally thinking,setiap tempat kita belajar tu ada pro and kontra,salah satu sebab kenapa saya memilih universiti lain kerana saya nak sesuatu yang totally out from what I was,environment,culture and the program.TAPI..harus untuk saya memberitahu bahawa,salah satu risiko yang anda perlu hadapi bila bertukar institusi pengajian adalah,anda mungkin pada mulanya akan banyak membuat perbezaan,keduanya masa pengajian akan bertambah panjang(program pengajian saya mengambil masa 4 tahun,jika ditambah dengan waktu pengajian diploma saya,untuk sampai ke tahap ijazah sarjana muda saya memerlukan masa 7 tahun,sedangkan jika anda belajar di institusi yang sama,anda mampu memiliki segulung master dalam tempoh masa yang sama*bagi yang membuat lanjutan program dari diploma*.).


Kerana minat pada landskap dan bunga-bungaan juga pertanian,saya memilih program sekarang iaitu horticulture:).Tidak terlalu lari dari skop diploma dulu.*UiTM ditawarkan ijazah seni landskap:p*.Penguat hati untuk memilih program ni jugak,because one day I want to have my own nursery:).Memanglah sesiapa pun boleh ada nursery,but,it will be my advantage to have specific knowledge on it.kan2?Nanti kalau ada rezeki sambung plak amik master in urban landscape(adakah tok?)(tukar fakulti plak.)




Perjalanan ke Ladang 2 UPM.


Antara ujikaji ringkas

Aktiviti di Ladang 10-Marcotting

Kursus-kursus bagi program hortikultur(kelas-kelas yang perlu diambil  untuk B.Sc.Horticulture).

Tahun 1
Semester 1 :

1)Oral Interaction Skills
2)Prinsip Ekonomi
3)Plant propagation and Nursery Management.
4)Biokimia pertanian
5)Kenegaraan Malaysia
6)Pertanian dan Manusia
7)Kokurikulum

Semester 2:
1)Principles of weed science
2)TITAS
3)Fundamentals of soil science
4)Ethnic relations
5)General writing skills
6)Botany and physiology of Horticultural crops.
7)Kokurikulum.

Tahun 2:

Semester 1
1)Pengucapan awam.
2)Pembiakkan tumbuhan
3)Pengeluaran sayur-sayuran
4)Pomology.
5)Amalan ladang:Pengeluaran sayur-sayuran.
6)Amalan ladang:Pengeluaran buah-buahan
7)Entomologi asas
8)Asas statistik bagi sains pertanian.

Semester 2:

1) Amalan ladang:Hortikultur hiasan.
2)Amalan ladang:Turf
3)Pengeluaran Tanaman hiasan dan bunga.
4)Pengeluaran tanaman hiasan.
5)Sains turf
6)Fundamentals of Plant Pathology
7)Prinsip pengurusan dan pemasaran pertanian.
8)Fisiologi lepas tuai.
9)Elektif

Tahun 3:

Semester 1
1)Mekanisasi Pertanian
2)Pengembangan pertanian
3)Prinsip pertanian lestari
4)Elektif

Semester 2

1)Keusahawanan pertanian.
2)Pengenalan rekabentuk landskap.
3)Rekabentuk dan Analisis Eksperimen.
4)Projek ilmiah Tahun Akhir.

Tahun 4:
Semester 1:
1)Projek ilmiah Tahun akhir.
2)Elektif

semester 2:
1)Latihan industri





7 comments:

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Anonymous said...

Assalam tq for the info. Sy amat mnyokong ape yg admin tulis yg mmang la sape2 bleh bukak nursery, tp bila kita bljr bdang tu, at least kita dpt apply blik. Sy nk tnya pndpat admin. SY skrg sdng bljr dlpoma pngurusan ladang. Dan sy agak bermnat dengn landskp,nursery n sbgainya. Ape pndpat admI n jika sy smbg ijazah dlm bdang pngurusan lndskap?

Mawarwalis said...

To anonymous,

Tahniah kerana tahu anda minat apa. Sebelu mengambil keputusan untuk menukar bidang untuk melanjutkan pelajaran,saudara/i perlu memahami apa output yang akan diperolehi daripada bidang tersebut.Tiada masalah jika mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang landskap,belajar ijazah landskap perlu banyak melukis,jadi kena sedia mental dan fizikal untuk menyiapkan tugasan tersebut. saya pernah bertemu dengan individu yang dahulu pelajar Diploma Pengurusan Ladang yang kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang landskap untuk peringkat ijazah.Kini beliau mempunyai syarikat landskap sendiri dengan pengalaman kerja lebih dari 10 tahun.Sekiranya minat anda bercampur dengan minat menanam sayur atau berladang,dan tidak mahu terlalu berubah dari pengajian dahulu, saya cadangkan Bachelor Horticulture Science sebagai bidang seterusnya untuk anda.Apapun, doalah pada Tuhan agar diberi bimbingan dalam membuat pilihan:)

Anonymous said...

Assalam admin. Sy nk tahu la pndpt admin . Sy ni pun pljar thun akhir dploma pngrusan ladang. Saya ambik course ni dulu pun bukan sbb mnt tp sbb xde plhan. Jd lpas dh.mngharungi 5 sem, saya ada trtrik dgn 1 sbjek dlm course ni iaitu lndskap. N sy juga suka mlukis. Saya thu mnat sya msih boleh dkmbgkn jd apa pndpt admin tntg progrm yg ssuai untk sy smbg ijazah nnti? Sy just nak pndgn admin . Tq

Mawarwalis said...

Kepada anonymous di atas, saya cadangkan anda untuk membuat sedikit kajian berkenaan ijazah landskap, ijazah hortikultur, ijazah taman rekreasi.:)buat perbandingan dan lihat anda lebih menjurus kepada content pengajaran yang bagaimana.

Cik Enonimus said...

Assalamualaikum. Nak tanya. Berapa ye pointer yang diterima sekarang untuk hortikultur ni?

Unknown said...

Assalamualaikum admin. Saya pun student diloma pengurusan ladang dgn cgpa yg tak seberapa. And saya nak tukar course and uni.. Saya ada apply Umt untuk kos ijazah yg berkaitan sains sosial gitu.. Agak² saya ad peluang ke ? Atau sy perlu sambung je ijazah dlm perladangan.? Help meee.