Pada suatu malam, Abu Qulabah lalu di tepi kuburan. Disebabkan terlalu letih, dia telah tidur di atas sebuah kuburan. Sewaktu tidur, dia bermimpi melihat ramai orang keluar dari dalam kubur dengan membawa penyuluh. Tetapi salah seorang daripadanya membawa penyuluh yang tidak berlampu. Lantas Abu Qulabah merapatnya dan bertanya,
"Kenapa ia tidak bernyala?".
"Mereka mempunyai anak dan saudara-mara. Hampir setiap hari ada sahaja yang mengirimkan doa dan sedekah untuk mereka. Sebab itulah penyuluh mereka bercahaya. Sedangkan aku sentiasa berada dalam keadaan gelap," beritahu lelaki itu.
Abu Qulabah kenal akannya.Sebelum meninggal dunia, dia merupakan saudagar yang kaya-raya.
"Aku ada anak di dunia.Tetapi dulu aku tidak mempedulikan pendidikan mereka dan sekarang aku dilupakan. Mereka tidak pernah mengirimkan doa untukku. Yang mereka tahu hanyalah berfoya-foya dan menghabiskan hartaku,"adunya lagi.
Keesokan harinya, Abu Qulabah pergi menemui anak-anak saudagar itu untuk menceritakan mimpi yang dialaminya. Mereka berasa sangat sedih dan menyesal.
"Kami berjanji akan berubah dan mendoakan ayah setiap malam,"beritahu mereka.
Beberapa bulan kemudian, Abu Qulabah kembali bermimpikan saudagar itu.Kali ini penyuluhnya bercahaya. Malah ia lebih terang berbanding penghuni kubur yang lain. Dia terus mendapatkan Abu Qulabah dan mengucapkan terima kasih atas bantuannya.
Pada keesokan hari, Abu Qulabah bertemu lagi dengan anak-anak saudagar. Dia mengkhabarkan mimpinya kepada mereka. Dengan rasa riang, mereka mengucapkan terima kasih kerana menyedarkan mereka dan menyelamatkan ayahnya daripada kegelapan alam barzakh.
petikan: akhbar I love Islam (12-18 Rabiulawal 1431 H)

No comments:
Post a Comment