Monday, March 14, 2011

Di mana Semangatku?

Dah nak habis pun semester ni. Bagi pelajar yang berada di tahun akhir pasti tengah happy bercampur cemas sebab dah nak habis study takpun dah nak habis satu peringkat dan melangkah ke peringkat seterusnya.Tahniah kalau ada azam nak naik ke peringkat lebih tinggi..

Itu cerita pelajar tahun akhir..cerita pelajar bukan tahun akhir macam saya macamana pulak? Mengeluh seribu kali (hyperbola) , bingung tak tentu pasal ,tapi masih malas...Apa dah jadi la sem ni..Semangat tu macam takde plak..

Bukan yang pertama

 Kalau dulu selalu the first top dalam kelas sekarang ni dah turun dah ke anak tangga yang ke 2,3...wuargh!!!Bukan nye tempat pertama ,kedua,ketiga yang menjadi persoalan dan kebingungan di sini,tapi prestasi diri yang menjadi perhatian penting. Kata nak berjaya, tapi prestasi makin menurun..ee..tak malunye saya ni kan..LOKLAK ke saya? namo gitu..

Takda satu pun yang 90 lebih percent

Cakap pasal ujian , test tu lumrah la dalam kehidupan student..Minggu-minggu yang lalu dah test 1 untuk course Industrial Relation , Soil Management , Entomology, Cost accounting.. Berapa markah? takda satu pun yang capai 90 lebih peratus..oh sedihnye..(padan muka sebab main2 je salu).Benchmark tu jelas lagi nyata menunjukkan diri ni di tahap BAHAYA.perlu evacuate secepatnye ke tempat yang lebih selamat!Kalau tidak...nanti lemas atau hanyut di bawa arus yang deras...(apo ni?)

Pesaing ku hebat belaka

 Budak-budak kelas makin hebat..wargh..saya jeles saya risau tapi aku masih gak sambil lewa...nape ni??=(


Sejak dua menjak ni semangat macam makin pudar..rasa sedih sangat..nape sem ni diri ni terlalu lalai...lemah longlai..tiada lagi kegembiraan bila diberitahu nak exam..oh tidak...tak boleh berada dibawah..bukan sebab diri ni mahu berbangga berada di atas tapi perjuangan tu perlu dibuktikan kejayaanya..perjuangan apa?Fisabilillah..bangkit!!!Takbir! Allahuakbar..!


=========================================================================

Di dahi ku
Terpalit satu nama
Agamaku
Kerana palitan itu
Kemana saja aku pergi
Pasti palitan itu akan dinilai


Di dahiku
Terpalit satu nama
Agamaku
Kerana palitan itu
Sejauh mana langkah kakiku
Pasti ada yang memerhati apa ertinya palitan itu




Di dahiku
Terpalit satu nama
Agamaku
Kerana palitan itu
Setinggi mana aku dijulang
Serendah mana aku dihumban
Pasti palitan itu yang dipersoalkan kesannya

kerana palitan itu
harus ku buktikan
palitan itu palitan suci
pembawa kejayaan
bukan palitan kotor
pembawa kemusnahan




kerana palitan itu
ingin ku laungkan
"palitan ini palitan kejernihan
bukan palitan kekeruhan."


kerana palitan itu
sememangnya tanda kejayaan
tidak pernah membawa kegagalan
kerana bagi orang yang sedar palitan itu ada di dahinya
dan sedar akan tanggungjawab menjaga palitan itu
inshaALLAH akan sentiasa berjaya


DI DAHIKU TERPALIT IDENTITI AGAMAKU
HARUS KU BUKTIKAN PALITAN ITU BUKAN PALITAN KEHINAAN
TAPI PALITAN KEMULIAAN.

No comments: