Friday, November 25, 2011

A Z A M

Azam atau harapan akan selalu menjadi soalan kepada ramai di antara kita terutamanya bila menjelang tahun baru.Tapi saya pula sedikit berlainan daripada "ramai di antara kita" yang suka memasang azam di awal tahun.

Lain macamana?
Bukan lain sampai rupa bentuk pun dah jadi macam.....


Masih lagi rupa orang yang macam ni...


Abaikan hal tu sebentar..kembali pada topik azam .Kebiasaannya, setiap kali masuk semester baru, azam baru akan saya pasang menjadi azimat pemberi semangat untuk terus berusaha ..

Macam semester lepas, pasang azam nak dapat 4 pointer..Tapi...tak dapat pun...kurang satu je 'A'.Sekurang-kurangnya,dengan adanya azam tu tadi, tak la diri ni mudah putus asa dan tak berusaha kan.Saya suka pada pepatah ni..

"Angan-angan biar setinggi Gunung Everest, bila jatuh sekalipun biarlah masih tinggi seperti Gunung Kinabalu."

Mungkin kita tak boleh capai 100% apa yang kita niatkan atau harapkan,tapi sekurang-kurangnya jalan dan usaha yang kita bina untuk mencapai azam kita itu masih berbaloi.

Ada kawan tanya macamana saya belajar..Jujur saya katakan, jawapannya ada satu.Iaitu :

A+T+T+I+T+U+D+E = 100%

Saya belum berjaya.Jadi untuk menjawab persoalan daripada kawan itu tadi, saya sendiri agak malu-malu.Kerana bagi saya, saya cuma berjaya skor dalam ujian, tapi belum tentu saya berjaya menguasai apa yang saya pelajari.Jadi, kalau nak skor dalam peperiksaan senang sahaja :

ATTITUDE =SMARTNESS+ SPIRITUAL +EFFORT +CONSISTENCY

Ini formula saya.
Terlalu banyak berusaha tapi kurang bijak dalam usaha juga tidak akan merealisasikan azam kita. Percaya atau tidak?Berusaha tetapi tidak berterusan pun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Kalau berusaha tetapi secara rohaninya tidak diisi dengan maksud berusaha akhirnya akan menyebabkan tekanan yang hebat .Bagi say gabungan empat ciri ini akan membentuk sikap yang akan membawa kejayaan.

Pengakuan ekslusif : saya tak konsisten pun masa belajar.lain orang lain cara belajar, bila jadi hal camni, smartness itu penting.

LIVE YOUR LIFE FUN WITH A LIMIT

Live to the fullest with the rules.

Betul..memang betul kita perlu hidup dengan penuh keseronokan tetapi mestilah ada batas.Seandainya tiada batas kita mungkin tak kenal apa itu keseronokan disebabkan ianya sudah jadi lali.Maksimakan hidup anda dengan hidup mengikut peraturan.Peraturan apa ? Pegang erat agama kita.InshaAllah,hidup lebih bermakna.

Apa yang mendorong anda untuk menetapkan empat ciri tersebut? Azam akan membantu anda.

Awal Muharam bakal menjelang.Jadi apa azam anda?

Azam saya untuk semester baru ni ialah inshaAllah saya akan tingkatkan CGPA saya selain itu meningkatkan juga mutu ilmu saya.



Azam untuk tahun hijrah yang baru ialah inshaAllah, saya akan perbaiki akhlak serta amal dan meningkatkan kefahaman saya mengenai agama saya.

Mudahan azam ni tersemat kukuh..tak mahu jadi macam ni..

Man jadda wa jadda...mudahan sama-sama kita menuju kejayaan dunia akhirat.amin..
*Selalu mencuba untuk jadi seorang yang tawaduk..selalu kurang berjaya..inshaAllah kalau terus-terus usaha pasti boleh.

Thursday, November 24, 2011

Sanah helwah.

Biar gambar berbicara dahulu(^_^).





Gifts that I received..Appreciate it show much!















This isn't a gift for me..but she's the one who have those gifts..
Pandey sik aku pose?hehehe..hiding my smile..kacak selendang Sera tok..jerawat rah dahi tek ku dah retouch.(reveal the truth,it was edited).

Thanks for those who had wished me for my birthday anniversary.For those who were not,it is fine ,because you'll don't know(I loves to keep it as a secret).Thank God for giving chance to lives longer even though a lot of sins had been done by me. Hopefully, age 20 will make me more mature and I will try to accelerate my life towards more quality of life.