Saturday, August 24, 2019

Gunung Lebah, Perak 3hari 2 malam

Gunung Lebah, Perak merupakan sebuah gunung yang terletak di sempadan antara Perak dan juga Pahang iaitu di sebelah Raub.Berketinggian lebih kurang 1522 meter dan di puncaknya ditutupi oleh kanopi pokok dan 'tak ada view' menyebabkan ianya agak kurang popular. Semasa kami melakukan pendakian ke Gunung Lebah ini, kami merupakan kumpulan pertama yang masuk ke sana setelah lebih 10 bulan kumpulan pertama tahun lepas yang pergi merintis semula laluan pendakian.  Guide bagi pendakian kami adalah malim gunung PMGM Azizul Fitri atau dikenali sebagai Megu.

Pendakian hari pertama dimulai dengan menaiki pacuan empat roda daripada basecamp Delta Outdoor MY(D.O.M) yang juga merupakan operator pacuan empat roda kami. Untuk memulakan pendakian, drop point adalah di Kampung Ulu Slim, satu perkampungan orang asli dan melalui kawasan kelapa sawit. Perjalanan dari D.O.M ke drop point  memakan masa lebih kurang 2 jam. 

Setibanya di drop point, pendaki perlu meneruskan perjalanan melalui trek balak yang kalau hari panas sumpah panas..Kami mula trekking lebih kurang jam 10.30 a.m, panasnya tak terkira.
Dalam perjalanan akan terjumpa satu sisa pokok besar tumbang yang bentuknya seperti roket. Itu menandakan separuh perjalanan.

Trekking diteruskan sehingga ke Kem Forest. Di Kem ini terdapat tanah lapang dan sungai besar. Kem Forest menjadi tempat melepak untuk penggemar sukan 4wd. Setelah berehat sebentar di Kem Forest, perjalanan diteruskan ke Last water point(LWP). Di LWP, peserta pendakian perlu mengisi botol-botol yang ada untuk kegunaan di tempat bermalam,tiada sumber air setalah ini, sumber air seterusnya adalah arah ke puncak,berdekatan dengan puncak(tak dekat mana la dengan puncak..hahaha). Pastikan bawa air mencukupi, untuk kegunaan company, untuk keperluan peribadi dan bekal minuman ke puncak(PENTING).


Trek balak yang kebanyakkannya terbuka

Pokok roket

Berehat di Kem Forest sekitar jam 12 tengahari

Last water point,30 minit ke sejam lebih kurang dari Kem Forest

Penanda sempadan antara Pahang dan Perak

Permulaan pendakian Gunung Lebah disambut dengan rimbunan buluh

Permulaan pendakian Gunung Lebah, di kaki gunungnya,amat menyeksakan. Track yang pernah ditebas 10 bulan lalu sudah tidak menampakkan laluan. Laluan terlindung dengan buluh yang rebah. Di Bamboo Garden(nama yang diberi disebabkan kawasan penuh dengan buluh, tapi tampak kemas dan cantik),hampir dua jam lebih masa digunakan untuk mencari laluan masuk semula dengan menebang buluh untuk mencari jalan lama dan buka laluan. Dari jam 2.30 p.m meredah semak,5.50 p.m baru bertemu trek pendakian yang sepatutnya. Perjalanan semakin sukar apabila hari mulai gelap.Pencarian trek amat sukar dalam keadaan penat dan tak nampak jalan.

Jam 8.13 pm, lagi 100 meter untuk sampai ke kem 1, tapak untuk bermalam. Masa ni, guide pun macam dah nak give up, fikir nak buka kem baru.hahaha. Alhamdulillah, berganti-ganti guide dan peserta lelaki tolong cari dan tebas jalan, maka dalam jam 9pm selamat tiba di tapak kemah, Kem 1. Tempatnya tak luas tapi cukup untuk kami berlapan berkemah. Lepas makan-makan, semua pakat masuk tidur cepat-cepat.haha


Kepenatan menghadap buluh

Kemah kami
Jam 8 pagi, setelah bersarapan, kami memulakan perjalanan ke puncak Gunung Lebah. Masih dengan kerja menebas dan mencari jalan. Tempat yang dilalui dipenuhi dengan banyak batu besar bersaiz kapal dengan lubang-lubang yang dalam. Checkpoint pertama adalah Puncak Tengkorak dan kemudian kawasan lembah.




Lembah

Lepas berehat di kawasan lembah, perjalanan diteruskan ke sungai dimana kami berehat untuk makan tengahari dan solat. Dalam jam 2.30pm kami bergerak ke puncak.

Batu kapal berdekatan dengan puncak. Sampai sini jam 4.41 p.m

Puncak Gunung Lebah
Jam 4.40 p.m baru sampai puncak Gunung Lebah..berehat sebentar di puncak sebelum mula turun jam 5.30 p.m. Jam 1.22 a.m barulah kami sampai semula di tapak kemah..malam ni chef masak keropok lekor saja memandangkan semua penat dan tak berselera nak makan berat. Hari esoknya, jam 11,30 baru bergerak turun.

Berhenti di sini untuk ambil gambar


Rehat di LWP untuk lunch dan solat pada jam 2.30p.m
Berlari keluar, jam 4.30 p.m sampai di sungai dan terus mandi manda sementara tunggu pick up datang. Menarik trip kali ni sebab trip ni kira trip cuci jalan.Tak penat tapi makan masa. Apapun, Gunung Lebah checked.


LOG:

Hari pertama

0915:Naik 4wd menuju ke drop off point.
1015: Start trekking jalan balak
1140: Jumpa pokok roket
1205: Tiba di Kem Forest(rehat 10 minit)
1322:Tiba di LWP(Rehat sejam)
1427: Tiba di Batu Gajah
1438: Sempadan, dan simpang masuk mendaki gunung Lebah
2030: Sampai Kem 1


Hari kedua

0800: Mula mendaki puncak
0930: Lembah
1310: Sampai water point
1500: Trekking ke puncak
1630: Sampai puncak
1730: Turun ke Kem site(Maghrib di water point dan makan maggi)
0122: Sampak kem site(30 minit sebelum tu rehat di kawasan camera trap)

Hari ketiga:
1130: Trekking keluar(Call powil di Bukit radio, dan bergambar di pokok ara)
1420: LWP,rehat(Lunch, solat)
4.30 pm: Sampai drop off point