Tuesday, August 18, 2015

Bermain dengan catatan ringkas

Secara semulajadinya, aku memang tak ada komitmen dalam mengarang cerita yang panjang. Menulis yang serius, duduk di hadapan komputer dan mengarang apetah lagi, memang agak malas. Tapi aku masih suka menulis rekod-rekod ringkas bergambar. Jadi, aku 'post' tulisan ringkas ini di instagram.

Kadang-kadang ada idea untuk bersenandung di tengah malam, jadi sebelum tidur aku karanglah senandung itu..:p. Saja nak kongsi, kot-kot boleh bertukar ig id kan, macam orang bertukar id bb pin dulu-dulu,yang aku tak pernah buat pun.


Baiklah.Saja menulis di blog yang dah lama terbiar.Sedangkan sebelum ni aku kata termotivasi untuk menulis bila tengok buku mat lutfi yang catatan tu.

Itu sahaja dahulu.
Selamat malam.
:)

Sunday, August 16, 2015

After The Rain

'Update' untuk bulan kemerdekaan kita.:)
Selamat menyambut bulan kemerdekaan rakyat Malaysia.
Lirik lagu 'After the rain' nyanyian Najwa Mahiadin ft Juny menyebut,

"From the rising of the sun,
Together we are one,
We are stronger,
Stronger forever."

Untuk mencapai kemerdekaan, nenek moyang kita telah rela menjadi 'satu' walaupun berbilang bangsa dan kaum serta agama. Jika mereka melihat olah kita hari ini, tidak mustahil tangisan kesedihan dan penyesalan yang akan kita dengari. Mungkin kita terlalu senang, jadi kita mahukan lebih.Atau kerana sememangnya kita tidak menghargai sejarah kerana kita terlalu melihat ke depan dan telah terlupa memandang ke belakang. Bersamalah kita doakan negara kita mendapat rahmat Allah s.w.t dan juga dipimpin dengan saksama. Untuk memperoleh pemimpin yang benar, rakyat perlu menjadi benar terlebih dahulu.Ayuh.Kita betulkan akal kita!Jadilah manusia yang berakal!



"These are times we must get through,
Courage and wisdom must live in you,
The way of our future lies in you."

(sebahagian lirik 'After the rain.'


'You' ..consider it as ourselves..

:)