Friday, November 9, 2012

bermula dari nama

Nurlisa Su Sy Ei.

Tiada binti dihujungnya.Yang ada hanyalah gabungan nama Nurlisa+ Su Sy Ei(chinese name).Makin meningkat umur ,makin sedar betapa nama kita memberi makna pada diri kita.Menjadi sebahagian first impression orang lain pada kita.Perihal first impression ini lah yang ingin dikisahkan..

Mengimbau situasi dalam kelas pertama diploma tiga tahun lepas:

KP:Nama awak memang macamni ke?takde binti?
Saya: Ye..memang macamtu dalam ic.
KP:Betulke?tak..ini untuk kepastian.Takut nanti tersalah(sambil melihat pada list name).
Saya:Ye..betul sir..memang macamtu.
Sahabat:Memang nama awak macamtu ea?
Saya:Ye..
Sahabat:awak ni anak luar nikah ke?
Saya:eh takk...
Sahabat:Oh..manalah tau orang fikir awak anak luar nikah sebab takde binti..
Saya:Lol.

Peristiwa beberapa minggu lalu(2012)

Penelefon:Hello,assalamualaikum.ni Cik Nurlisa Su Sy Ei ke?
Saya: Ye saya..
Penelefon: Oh..saya dari pusat zakat U,pihak kami telah menerima penyertaan cik untuk sukarelawan korban tu.boleh saya tanya cik sesuatu?
Saya:Ye boleh.
Penelefon:Saya tengok pada nama cik ni...Nurlisa Su Sy Ei...
Saya:(Segera memotong) ye saya muslim..
Penelefon:ye saya tau tu...Saya nak tanya.ayah cik tau ke cik muslim?
Saya:ye ..tau..


Kerna nama,begitu banyak persoalan.Bukanlah aku anak luar nikah.kenapa tak berbinti?jawapan:tak tau..adek  nama dalam ic Nazrin Su bin Abdullah Su.Bukanlah juga  aku seorang mualaf..Alhamdulillah sejak lahir aku muslim..:).tapi..satu kesyukuran atas hikmah salah faham,kerna ianya membawa pertemuan pada saudara baru yang lain,diperkenalkan pada kelas fardhu ain,mengukuhkan lagi asas islam.:D.






Kembali sihat

I can post in this blog again..o yeay!!What a relieve to have my blog again.:D.tak tau macamana boleh fixed daripada malware.o la la...