Friday, December 16, 2011

Talam hanya ada satu muka saja

Sebelum jari-jemari yang tak runcing lagi kontot dan pendek ni mula ligat menaip,dan sebelum mata korang ligat scanning dan scheming (ilmu BEL ),mari kita layan gambar hasil carian Google imej untuk  "talam " ni.




Nyum..nyum...sedapp..

Tujuan entri kali ni bukanlah untuk bercerita mengenai kuih talam atau resepi nak buat kuih ni.Tapi ada kena mengena dengan peribahasa Talam dua muka.

Maksud peribahasa talam dua muka ialah


Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari)
                                                                                peribahasamelayu.com
Hal ni selalu je terjadi di kalangan kitakan.Yela..mana ada orang yang putih je atau hitam je,dia mesti campur-campur sifat dia,tapi persoalannya adakah hitam menguasai hati kita atau putih yang berjaya menjadi raja di hati kita.Betul ?

Korang tau tak talam tu apa? bukan kuih tu,tapi talam adalah kata nama lain untuk dulang.Dulang ada ke dua muka ? Sape tah nak buat dulang ada dua muka..memang tak betul lah tu...jadi sapa yang suka kata  talam dua muka tu pun agaknya tak betul gak.Hehehehe...kot ler...

Alasan nape talam hanya ada satu muka jer..

Sebab kalau talam dua muka, memang tak boleh gunalah kan. (Adaptasikan dalam perhubungan seharian kita).

Kalau dah dua muka tu bukan talam ler,tu dah jadi macam rim motosikal yang bahagian tengah dah kena tutup.

Highlight :

Nak dijadikan ringkas dan pendek lepas buang masa korang baca entri atas sebenarnya nak beritahu dan mengingatkan diri sendiri :

1. Kita selalu nak mengakui kelemahan orang contohnya keburukan.Tapi jarang sekali kita nak mengakui kebaikan orang sebab kita selalu rasa kita betul.Jadi...mulai saat ni,jom sama-sama kita ingat pada kebaikan orang tu sebelum kita nak mengata buruk mengenai mereka. Contohnya, "kawan aku ni lah tolong aku masa takda teman tidur.", "Dia nilah jadi dahan untuk bersandar masa aku menangis."

2. Apa yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya banyak berpunca dari diri kita sendiri.

A : Kenapalah C ni berani nak tipu aku ?
B : Entah (mood malasa ambil tahu )
A : Ish...tak baik betullah dia buat aku camni.
B : Oooo..(dalam hati : tahun lepas ko ada tipu dia jugak.)

 Hukum karma.

3. Kekadang kita ni bersifat mendengar dan sesekali menyokong bila ada yang menceritakan hal si sahabat yang lain kepada kita. Tapi..jangan  lupa bahawa..seseorang yang boleh menceritakan keburukan orang lain juga boleh menceritakan keburukan korang kat orang lain.Tak percaya ? Ukurlah sendiri...tiru garnier.


 Untuk diriku yang lemah :


Wahai diri, jiwamu,jasadmu,hidupmu semuanya milik DIA..lalu apa yang kau lakukan dengan kurniaanNya itu ?
Adakah :


Mulut : Mengeluarkan kata-kata kesat ?
Telinga : Mendengar umpatan dan cercaan ?
Mata : Melihat kemungkaran ?
Anggota : Mengiakan keburukan ?
Otak : Memikirkan keburukan semata?


Wahai diri..ingatlah dikau akan mati.Semoga dengan itu kau jauh dari kelalaian..mungkin kala ini kau lemah..tapi kau punya tanggungjawab yang memerlukan kekuatan imanmu..Tatkala hatimu dirundung sedih, janganlah kau mengadu pada yang tak berhak,tapi kembalilah padaNya yang Maha Mendengar..


Wahai diri..jangan kau lupa berbicara pada imanmu saban hari dan saban waktu.Tanyalah padanya adakah ia masih lagi kental ?atau mulai futur?Jangan kau lupa janjimu pada dirimu yang bersaksikan DIA..Mudah-mudahan kau kuat wahai diri..

to all..

Takda manusia yang sempurna tapi apa salahnya kita berusaha untuk sempurna dengan cara yang diredhai Nya? Kejayaan itu tidak ditentukan dengan pencapaian sahaja tapi juga mengenai bagaimana kita mencapai kejayaan itu.


aku kan, aku mengaku aku tak baik.kadang-kadang atau selalu jugak kot aku ni meluncurkan kata-kata pedas mengkritik depan atau belakang sahabat-sahabat aku.Aku kadang-kadang bersifat overprotective dan keras kepala.Orang tak tahu kenapa aku jadi begitu.Tapi tak mengapa.Itu bukan topiknya.Aku mengaku aku seorang yang ego.Mahu menang itu motto ku.Sifat buruk aku ni dah banyak kali menyebabkan perasaan tak senang antara aku dan para sahabat aku.Tapi,semakin aku dewasa aku mulai memahami, diriku dan sahabat aku adalah jasad yang berlainan.Aku tak boleh bersikap overprotective untuk mereka, aku tak boleh kata 'TAK ' bagi setiap apa yang aku rasa aku tak setuju atas keputusan orang lain.Sebab, mereka ada hak.Semakin aku dewasa aku mulai faham,bahawa,semakin matangnya kita,semakin kita faham kehidupan,semakin kita tak ambil peduli masalah perhubungan yang remeh temeh sebenarnya.Aku tak baik,tapi aku cuba nak jadi yang baik.Bila ada orang cakap buruk hal aaku, aku akan bagitau, "takpe..biarlah dia cakap buruk,sebab aku juga punya keburukan." Saat itu aku akan mulai berfikir,apakah aku seperti diceritakan dan mula mencari cara menampal lubang-lubang kecacatan akhlak.Aku minta maaf atas dosa aku kat semua manusia yang aku ada buat dosa .selamat malam.haha.akhir kata..Aku sayang agama aku,aku sayang mak aku,aku sayang adek-beradek aku,aku sayang bapak aku.